Pages

Showing posts with label Our home. Show all posts
Showing posts with label Our home. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Progress Terrace #1


Giler lama aku tunggu terrace ni start buat. Memula kene order tiang besi dulu. Arkitek aku order kt mana ntah kire customized. 2 weeks kot tunggu tiang saja. Pehtu tiang dah sampai hujan pulak berhari2 so xleh nak proceed. Tung tang tung tang dekat sebulan kot tiang ni belom pasang. So pagi tadi pegi melawat kawasan tengok dah start tanam tiang kat simen.

cangkuk benam kat simen
sambung tiang


tunggu kering kot
Tuh jela pon gambornye. Nanti ade progress aku update lagik.

Progress Kitchen #4 - sliding doors, tingkap dan tiles


Bila dah siap plaster semua barula orang tingkap datang pasang tingkap2 dan sliding doors. Masa ni aku kene datang untuk make sure semua ok. Lupa nak cakap, masa naik batu tu, orang tingkap dah masukkan frame siap2 sebelum plaster. Tingkap cermin pasang bila dah siap plaster. Tingkap and sliding doors ni aku buat cermin tuh dah siap tinted black. Plan nak tukar semua cermin tingkap rumah asal kaler yang sama tapi budget belom ada so buat yang extend baru tuh je.

ni sliding door 4 panel. belah tepi ni ade sliding door 3 panel

tingkap dapur

dah pasang cornice kat semua frame tingkap

ni padangan dari porch. gelap ko...hahaha

Tiles dinding dapur

tiles lantai. wet kitchen & dry kitchen aku pakai 2 jenis tiles yang berbeza

Tiles 2X2 untuk dry kitchen

bahagian dry yard pon letak tiles jugak...
Masa pasang tiles ni hujan je memanjang. So takleh nak proceed buat bahagian luar, diorg proceed buat tiles dalam dulu.

Saturday, November 30, 2013

Plaster Ceiling


Plaster ceiling memang penting jugak kalau kiter dah start renovation or nak masuk rumah. Memang trend skang nak masuk rumah mesti nk buat plaster ceiling. Beza beno rumah sebelum ade placter ceiling lepas tuh tambah plaster ceiling. Automatik rumah ko tuh akan nampak lain and cantekkk. Aku dah survey design2 plaster ceiling kt majalah, mr google. Memang aku nak buat design pon dekat living hall and master bedroom je pon. Kene ingat ye harga plaster ceiling ni bergantung pada jenis or design yang ko pilih. Kalau nak murah buat je flat. Tapi kalau ade bertingkat2 bagai...duit pon kene bertengkek2 la kan.


ni ceiling asal living hall
besi2 nak buat plaster celing

banyak tol besi pakai
tada.....niela design hall aku
ni bahagian dining



ni bahagian master bedroom

nie ruang TV dalam master bedroom

ni bahagian mana aku lupe...atas kot


Progress Kitchen #3 - pecah kaca pecah gelas



Ok. Plan suda tukar untuk dapur. Memula aku plan taknak pecahkan dinding asal dapur aku tu. Kira pecah pintu and laluan ke wet kitchen. Konsepnya nak privacy kt wet kitchen. So arkitek aku memula okla. Tgk2 bile dah nak siap dia cam xpuas ati plak bahagian dinding belakang tuh macam blok pemandangan dari depan ke dapur. Kire die rasa sakit mate. Eh eh ko plak sakit mata aku ok je kan...Die suggest pecahkan bahagian dinding sebelah yang dekat pintu dapur tuh je. So luasla sikit area depan stor tu. Pehtu dah siap alih wayar suis ke dinding belah sini die soh plak pecah the whole dinding tu.

ni dinding asal which is aku maintain. kire aku buang je pintu tu jadik laluan ke wet kitchen

 Si arkitek aku tuh cakap rumah aku ni boleh sesat sebab banyak sangat lorong. wahahahaha....

so die soh pecahkan dinding yg sebelah kiri pintu ni. Fine aku agree

Haaa..nampak selepas pecah. Tiang tu xleh nk buat ape sebab tuh beam. So kene maintain. Untuk main2 tiang ke bolela
 Dah pecah dinding kiri tu, arkitek aku cakap still gelap and rase sakit mata tengok dinding dapur bawah ni yang menghalang pandangan dari hall.

So dinding ni pon kene pecah
Nantila aku tunjuk ape yang finalnye....

Tuesday, November 26, 2013

Progress Pagar #1


Awal2 masa decide nak start renovation aku terpaksa lupakan pagar dulu. Sebab aku takut nanti ade VO untuk bahagian dapur so aku kene standby siap2 duit untuk bende2 tu. Renovation ni susah nya sebab masa awal2 start kiter tak nampak ape yang tak kena or terlupa. Bile dah nampak progress baru perasan nie tak letakla, itu nak pecahla. Macam yang terjadi kat dapur aku tuhla. Plan taknak pecah pehtu nak pecah plak. So disebabkan progress quite slow and kitaorg pon dah decide untuk tangguhkan dulu masuk rumah next year instead of this year so duit tu bolela carik sket2 kan. Dalam pada tuh dah survey2 dah design pagar yang diingini. Dokla round show houses je kan. Ni bawah ni contoh pagar yang aku dapat kat show house developer.




 


 First sekali aku start dengan pagar depan sebelah jiran aku. Jiran aku ni skang duduk Saudi. Ari tuh jumpe dia dekat housewarming kakak aku. Baik orangnya. Dorg memang dah pindah cuma balik mase cuti je. Diorg akan balik for good Mac next year. Mr K mmg dah cakap dengan jiran aku ni plan nak naikkan pagar batu and die ok je.

haaa tinggi ko. Nanti dah siap ko taula ape benornye tu...tunggu....
ni bahagian depan. Ade pagar kecik


ni bahagian corner depan. developer punye pagar. yang ni maintain.
bahagian nila yang nak buat pagar.
Main reason kenapa aku nak buat pagar ialah sebab rumah aku ni betul2 tepi main road. kalau aku xbuat pagar batu ganti pagar ijo tu mmgla takde privacynye. Orang leh tgk ape aku buat kt dapur ke kat halaman ke ape. Yang leceh aku nak kene pakai tudung plak setiap kali kuar melawat kawasan rumah


 haaa..ko tengok jalan depan tuhla mainroad. So harusla die naikkan tembok untuk privacy dan jugak keselamatan.


tiang dah naik

haaa tinggi rendah pagar aku kan
ni dah cat sealer
design pagar aku ni arkitek yang buat. aku memang request pagar yang lain dari yang lain and mmg arkitek aku ni pon idea die ko xleh nak jangka. aku suke idea dia sebab mmg ikot taste aku yang nak moden.

Saturday, November 9, 2013

Progress Kitchen #2 - plastering


Sambung progress yang kedua pulak. Kali ni semua dah plaster untuk bahagian dapur.

Lantai dan dinding dah siap plaster
Ni bumbung sebelum pintu dapur
Tempat w/machine

Pandangan dari dry yard ke kitchen

Wet kitchen

ni nak letak oven

bumbung dry kitchen

pandangan belakang dapur

sliding door ke dry kitchen

sliding door jugak


tuh je kot updates....nnt gua updates kay.... :P

Saturday, October 26, 2013

Progress Kitchen #1 - batu bata



Ok... Ari ni aku nak citer pasal dapur aku. Asal rumah aku ni dapur dia memangla kecik. Kecik pada aku maybe pada orang lain dah cukop beso. Yela, family aku pon kire besar (ke sederhana) so aku kenala plan dapur aku tuh nanti just nice je nak pakai sampaila aku dah pencen. Kire dah xpayah2 nak renovate2 bagai ni lagi. Maybe just add on sana sini jela nanti. Dulu, masa aku baru pindah rumah aku yang sekarang ni aku rase dah cukop beso dah dapur aku tu. Masa tuh anak sorang rasa cm nak rumah yang comel2 je kan. Skang ni..amik menyampah pulak tengok dapur aku yg tersangat open. Open maksud aku orang datang teros leh nampak aku masak cekodok kan. hehehe...so kali ni aku dah decide nak dapur yang kire privacy bile aku masak. Privacy tuh maksudnya bile orang datang takdela org tuh nampak ape yang aku tengah prepare kan. Kire surprise gitu. Tengok2 teh O dengan kopok leko. muahahahaa....

Reason aku renovate rumah ni pon sebab nak besarkan dapur je pon. Nak ada 2 wet kitchen and dry kitchen kekdahnye. So, aku extend jela dapur aku tuh kebelakang and ke tepi rumah aku tuh sikit. Kire dapur aku ni total is lebey kurang 27 X 12 gitu. Giler besar xcukop besar tu xtaula. (ni kalau tak masak mmg nak kene sekeh...hahaha). Aku takde gambar asal dapur aku, nak kene carik. Nanti dah ade aku share ok.

Ni pandangan wet kitchen aku dari dry kitchen. Kire panjang ke hujung sane. Hujung sekali ialah stor and dry yard.


Ni pintu stor aku


Ni dinding dry yard yang mengadap jiran. Tinggi ko. Ade reason kenapa tinggi and rupe bumbung tuh macam tuh. Patut dry yard pakai je bumbung awning biasa kan. Tp nnt korang tgk hasilnye.


Ha ni pandangan belakang dapur aku tuh camana. Ko tgk antara rumah aku n jiran belakang mmg pagar sambung ye. Patut salu kan ade jalan belakang kan. Tp rumah aku ni mmg sambung pagar dgn org belakang. Bagus in a way boleh elak org ceroboh kot belakang rumah yang xbagusnye bile aku nk renovate dapur xlehla smpi hujung pagar tu. kenala ade basi dalam 4 kaki so rumah tak terlalu rapat dgn org belakang. Nama pon berjiran kan kenela give n take.


Ni bumbung dry kitchen aku plak


Ni tingkap asal rumah aku. Kire aku sambung dr tepi tingkap niela untuk dry kitchen tu


Pandangan luar untuk dry kitchen. Haaa..ko tgk ade lagik dinding tinggi....hehee rumah aku ni mmg suke dinding tinggi2 nie...KO tgk nanti design pagar aku cemana plak.