Pages

Tuesday, December 17, 2013

NAIK....NAIK....NAIK



Yerr....perkataan yang sangat glamer sekarang. NAIK!!! Mungkin jugak penangan sebab air naik kat pahang dan negeri2 lain tuh pasalla kot semua nak naik kan.

Aku semalam masa amik bebudak kat taska, si Fida tuh cakap kat aku. "akak, surat esok saya bagi ya..". "Surat?...surat apa? surat cinta?" Nak kata invoice taska, dah lama dah aku setel. Ropernye surat mengatakan yuran akan naik start January depan. Aku bacela surat sample kat situ. Taska adik naik dari rm120 ke rm150. Transit kakak plak naik dari rm150 ke rm170. Kire for both of them naik rm50 la sebulan. Well, aku tak surprise pon bende2 ni. Memang dah boleh agak bile lately banyak beno yang naik. Semua orang tahu bile IBU segala bende which is petrol/diesel tu naik, automatik anak2 semua akan turut naikla. Yela, minyak naik katela 20 sen seliter. Barang2 lain semua pakai trasnport kan nak hantar sana sini. Kos pengangkutan pon akan naikla. Bile kos angkut naik,  barang yang di bawak pon mestila kene tampung rege kenaikan tu. So, terpaksela naik rege teh tarik dari rm1.20 ke rm1.50. Logikla, xkan minyak naik 20 sen/seliter teh secawan yang pakai serbuk recycle puluh kali kat mamak tu nak naik 1 sen kan??? Jadik paling murah pon kenala naik 10 sen.

Tol pulak aku kene tol guthrie naik dari rm1.40 ke rm1.90. So, pergi balik dah jadik rm3.80. Plus plak xtau lagik baper. So, next year terpaksela aku p alternative untuk balik jalan takde tol seperti saranan Pak menteri. Betul jugak kata dia tu, selagi alternatif ada bole je pakai. Pasnie aku kene carik lilin banyak2 sebab nanti letrik naik alternativenye ialah lilin la kan???

Tak tahula macammana nak survive kalau aku berhenti kerja and jaga anak. Dan aku rase kesian jugakla pada family yang bergantung pada income husband sahaja. ok fine, maybe orang kate kene berjimat cermat. Aku rase dah cukop berjimat kot these people sebab diorg tau income tuh banyak tuh xpernah tuko kan...tup2 barang2 semua naik. So kat mane kekdahnye ko nak berjimat??? Okla...jangan minum teh, minum air kosong. Pakai beras patah 3 kot. Malunya kiter negara pengeluar beras tapi kene beli beras yg low quality sebab nak survive dengan kenaikan benda2 lain.

Tu jek aku nak membebel pagi nie....chow

No comments:

Post a Comment